Cinta Perlu Pengorbanan

0
07:10
Cinta merupakan fitrah yang ada pada insan . Jika kita mencintai sesuatu , kita pasti inginkan yang terbaik untuk mendapatkan cinta kita atau menjaga cinta itu .

Seperti cintanya nabi Muhammad s.a.w kepada Allah dengan mengorbankan segala jiwa dan raganya untuk memperjuangkan Islam . Bagai Cintanya Bilal bin Rabah kepada Allah walaupun disiksa begitu teruk sekali , masih menegakkan kalimah Allah . Misalnya Cinta para sahabat dengan mengorbankan harta benda dan sepenuh jiwa membantu perjuangan baginda Rasulullah .

itulah namanya Pengorbanan

“Sekiranya benar cinta, mestilah hendak bersama ke syurga. Apa-apa yang membawa ke neraka, itu bukan cinta namanya.”

Seperti juga andai kamu kata cintanya kamu kepada seseorang , ia perlukan pengorbanan .

seperti kata hilal asyraf diatas . jika kita belum layak atau bersedia untuk memiliki seseorang , dengan rasa cinta itu , kita perlu mengorbankan perasaan kita untuk tidak melakukan perkara perkara yang laghah atau tidak mengikut syariat , tinggalkan perkara yang dilarang ini jika kamu benar benar cintakan dia . percayalah dengan ketentuan Allah untuk kamu . hubungkan rasa cinta kamu dengan doa , InsyaAllah kamu akan dapat keputusan yang terbaik . Jaga hati kamu , dari perkara yang melalaikan , tambahkan ilmu , kuasai asas fardhu ain , belajar ilmu feqh , yang sememangnya tunjang dalam membimbing keluarga kelak . itupun , jika benar kamu cinta .

Berkobanlah , Bersabarlah , pasti kamu akan dapatkan yang terbaik atas pengorbanan yang kamu lakukan . jika benar kamu kata kamu cinta .

Begitu juga apabila telah berdirinya rumahtangga , juga perlunya pengorbanan ,

kerana cinta dan pengorbanan tidak boleh dipisahkan .

' kerana aku suka berbicara dengan cermin '

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

0 comments: