Cinta Perlu Pengorbanan

0
07:10
Cinta merupakan fitrah yang ada pada insan . Jika kita mencintai sesuatu , kita pasti inginkan yang terbaik untuk mendapatkan cinta kita atau menjaga cinta itu .

Seperti cintanya nabi Muhammad s.a.w kepada Allah dengan mengorbankan segala jiwa dan raganya untuk memperjuangkan Islam . Bagai Cintanya Bilal bin Rabah kepada Allah walaupun disiksa begitu teruk sekali , masih menegakkan kalimah Allah . Misalnya Cinta para sahabat dengan mengorbankan harta benda dan sepenuh jiwa membantu perjuangan baginda Rasulullah .

itulah namanya Pengorbanan

“Sekiranya benar cinta, mestilah hendak bersama ke syurga. Apa-apa yang membawa ke neraka, itu bukan cinta namanya.”

Seperti juga andai kamu kata cintanya kamu kepada seseorang , ia perlukan pengorbanan .

seperti kata hilal asyraf diatas . jika kita belum layak atau bersedia untuk memiliki seseorang , dengan rasa cinta itu , kita perlu mengorbankan perasaan kita untuk tidak melakukan perkara perkara yang laghah atau tidak mengikut syariat , tinggalkan perkara yang dilarang ini jika kamu benar benar cintakan dia . percayalah dengan ketentuan Allah untuk kamu . hubungkan rasa cinta kamu dengan doa , InsyaAllah kamu akan dapat keputusan yang terbaik . Jaga hati kamu , dari perkara yang melalaikan , tambahkan ilmu , kuasai asas fardhu ain , belajar ilmu feqh , yang sememangnya tunjang dalam membimbing keluarga kelak . itupun , jika benar kamu cinta .

Berkobanlah , Bersabarlah , pasti kamu akan dapatkan yang terbaik atas pengorbanan yang kamu lakukan . jika benar kamu kata kamu cinta .

Begitu juga apabila telah berdirinya rumahtangga , juga perlunya pengorbanan ,

kerana cinta dan pengorbanan tidak boleh dipisahkan .

' kerana aku suka berbicara dengan cermin '

0 comments:

Rakyat Marhaen

0
18:56

Mereka sering lupa ,
apabila jatuh ditimpa tangga ,
baru menyesal seribu bahasa ,
bukan sekali tapi kerap kali ,
dipermainkan manifesto acap kali ,
diberi gula sekali ,
dah suka suki ,
kita hidup berhari - hari ,
bukan untuk senang sehari ,
andai dirasa dalam hati ,
muhasabah lah diri ,
bukan untuk memberontak ,
tapi berfikir di luar kotak ,
sampai bila lagi ,
harus begini
- التعبير عن قلبي -
- HS -

0 comments:

Festival Layang - Layang Antarabangsa 2014

0
22:58
Assalamualakum , hai 

festival layang2 datang lagi , festival ni akan diadakan setiap tahun , bertempat di bukit layang-layang , Pasir Gudang , my hometown , cehh promote ~ festival ni berlangsung pada 19 - 23 februari 2014 , teringat dedulu aku sefamily akan join sekali untuk bermain layang2 di sini , suasanan memang meriah , so akan ada banyak booth jualan yang akan dibuka , datanglah reramai k , tak tau jalan buka waze , google maps , alahh , kalau sampai pasir gudang , sure dah nampak layang2 banyak , memang itulah tempatnya . nah gambar yang lepas2 . credit to others blogger , gambar hang aku pinjam dekat google images , hehe



#WorldKiteFestival
#LayangLayang
#ThisIsPasirGudang


0 comments:

Permohonan UPU 2014

0
07:26
Assalamualaikum , hai 


Alhamdulillah , keputusan STAM baru je keluar , result pun okayy , so aku pun dok usha2 cara nak mohon universiti ni , by the way , untuk lepasan SPM , STPM dan setaraf pon boleh join sekali tengok cara ni , haha , lawak pulak formal2 ni , k , benda pertama sekali yang korang kena buat ialah :

  • beli no pin upu dekat BSN , k , untuk lepasan SPM dan setaraf harga RM 10.50 tak silap la , hehe , then untuk lepasan STPM dan setaraf harga RM 15.50 , nak masuk U punya pasal , korban lahh duit sikit , hehe .                                                                                                                                
  • okayy , yang ni penting , nak mohon bukan main tabur macam buat milo , first sekali kena buka laman web upu http://upu.moe.gov.my/ , so akan keluar macam ni . tengok link bebetul tau , sebab ni link yang baru , tekan je senang

  • jangan mohon dulu , kita kena tengok result kita ni melepasi tak syarat2 khas dan am yang dikehendaki , buka link ni https://online.moe.gov.my/upu/emas/index_epanduan.php , lepastu pilih syarat khas program ikut lepasan spm / stpm , kat situ ada senarai universiti beserta course , so kita boleh check samada kita lepas ke tidak bedasarkan result peperiksaan .                                                                                                                

  • sekarang baru boleh mohon universiti beserta course ikut result kita , sebab sistem computer kalau tak lepas , nanti kena reject , mohon ikut link yang awal tadi http://upu.moe.gov.my/ , klik sini untuk memohon , dia tulis macam ni ,                                                                                                     
  • semoga berjaya k , doa banyak2 , bukan senang nak masuk ipt , arjukum bittaufiq wan najah . good luck , doakan ana sekali ya , 
P/s : kalau tak faham boleh comment or tekan fb / twitter dekat atas tu . 7 April 2014 dijangka permohonan akan ditutup ;)

0 comments:

Result STAM 2013

2
15:57


Assalamualaikum ,
Berita Harian Online


STAM , inilah tajuk utama kita , cerita pasal STAM mesti ana enta antum anti antuma dll . haha . setelah berjuang 10 bulan untuk menduduki STAM , akhirnya keputusan STAM 2013 akan diumumkan secara rasminya pada 30 Januari 2014 , antum semua boleh ambil result dekat sekolah atau pusat peperiksaan masing - masing . Arjukum bittaufiq wan najah , cewahh ~ 6 tahun sekolah arab , tapi boleh cakap arab sikit2 je  , hehe , biasa orang cakap cmni dekat kita , *deep* , haha , kadang2 kita kena muhasabah , belajar sebab exam semata ke , sedangkan bahasa arab adalah bahasa Al-Quran , bahasa ahli syurga , sama sama lah kita muhasabah ea , 

InsyaAllah , setelah berusaha dan tawakal , pasti antum akan dapat result yang baik , Mumtaz lahh untuk budak2 pandai , ana ? InsyaAllah kalau ada rezeki , 

Jika dapat keputusan yang baik , boleh lah membeli no pin upu di BSN . harga RM 16.50 Lepasan STPM dan setaraf . mahal dokk ? haha . pastu buka link http://upu.moe.gov.my/ then isi lah dengan sebaiknya , InsyaAllah dapat lah kita sambung belajar , banyakkan berdoa k , calon STAM memang banyak dugaan , maklumlah , study 10 bulan je , hehe , cari alasan ~ ana memang seram nak amik result ni , study main2 , time exam pun x berapa confident , tapi kita kena ingat , Allah maha Berkuasa , kalau tak cemerlang di sini , mesti ada rezeki di tempat lain , cuma kena work hard lahh , nak berjaya kena bersungguh-sungguh , habess aku jadi penceramah motivasi , hahaha , teruskan berjuang menegakkan syariat islam , :D

 sekian , Assalamualaikum . 



2 comments:

UAI

0
03:22
Alhamdulillah , 18 Januari 2014 , Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali dengan nama UAI telahpun berkunjung ke Pasir Gudang , Johor . Tidak ingin melepaskan peluang ini , aku dan rakan rakan tahfiz yang menuntut di MARSAH menginap kat rumah aku untuk menghadiri kuliah UAI . Walaupun ketika itu berlangsung juga perlawanan pertama liga super , namun sambutan amat memberangsangkan untuk kuliah ini . Kuliah dibuat di Masjid Al-Bararah Cahaya Baru Masai . Walaupun dibuat dipelusuk kampung , jelas sekali ia tidak menghalang orang ramai untuk menghadiri majlis ilmu ini . Banyak ilmu yang telah disampaikan oleh beliau . Ternyata , dalam keadaan demam ketika itu , Ustaz mampu membuat para hadirin tertawa dan mendapat ilmu yang bermanfaat . berehh bohh .
                                       
Alhamdulillah .

#UAI
#DuniakuDakwahKu
#TeamHijrah



0 comments: