When the Presiden speech

0
09:32
1 Disember 2013



"Saya tidak memerlukan sebarang anugerah daripada sebuah badan pentadbir bolasepak yang tidak konsisten untuk mengiktiraf segala kemajuan dan pencapaian Persatuan Bolasepak Negeri Johor. Walau bagaimanapun, saya ingin mengucapkan tahniah kepada mereka yang telah diberi penghormatan dalam Anugerah Bolasepak Kebangsaan baru-baru ini. Kepada para penyokong Johor, saya ingin memaklumkan bahawa laman web Johor Southern Tigers dan JDTTV menjadi tatapan di lebih 44 buah negara. Terdapat lebih sejuta hits di laman web kita pada perlawanan Harimau Muda vs. JDT II yang lalu. Pengunjung kedua paling ramai ke laman web kita adalah dari Amerika Syarikat, diikuti Singapura, Kanada dan Jepun. Terdapat juga pengunjung lain daripada Rusia, Indonesia, Filipina, Australia, Argentina, Sepanyol, Ireland, Great Britain, Belanda, Perancis, Jerman, Arab Saudi, Taiwan, Afrika Selatan, China, Korea Selatan, Norway, Qatar, Mesir, Thailand, Switzerland, Vietnam, Uruguay, Denmark, Brazil, Kuwait, Belgium, Greece, Mexico, New Zealand dan Poland. Kemudahan stadium dan kemudahan lain berkaitan bolasepak di seluruh negeri juga sedang dinaiktaraf. PBNJ juga sedang dalam rundingan daripada sebuah syarikat dari China untuk mendirikan Akademi Bolasepak Johor - Chelsea, yang akan menggunakan modul akademi bolasepak Chelsea. JDT dan JDT II juga merupakan pasukan pertama dalam negara ini, selain pasukan kebangsaan, yang ditaja oleh Nike. Semua ini sedang dilaksanakan dan bukan sekadar dalam peringkat perancangan. Tiada maknanya menjulang piala jika dunia tidak mengenali siapa kita. Saya bukan di sini sekadar untuk bertanding, saya ingin menempa legasi yang akan diingati sehingga generasi-generasi mendatang. In Shaa Allah, Johor akan sentiasa dan kekal sebagai Johor. Kepada Allah Kita Berserah. As-salamualaikum warahmatullahi wabarakatuh."

-DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.


#JDTV
#LuaskanKuasamuJohor
#Chelsea

Credit : Johor Southern Tiger

0 comments:

Sahabat

0
02:22
Zaman persekolahan telahpun tamat , kini tinggal kenangan pahit manis di Sekolah Menengah Tinggi Agama Arab Maahad Pontian , Tinggal lagu penghilang sepi , gambar penggamit memori , doa agar tidak dilupai ,


Tamatlah zaman persekolahan
Ku masih dihantui memori
Waktu kecil waktu yang gemilang
Oh tuhan ku tak mahu pergi

Alangkah indahnya dunia
Bila kita semua melangkah ke depan
Alangkah indahnya dunia
Bila kita semua akan bersama selamanya ..






0 comments:

Travelling

0
22:31

26 November 2013 .

Melancong menjadi kemestian kepada kebanyakan keluarga ketika musim percutian bermula . Tidak terlepas juga aku yang buat kali pertama melancong ke luar negara . pengalaman pertama menaiki flight membuatkan diri ini berasa teruja . Merentasi lautan dan pulau2 yang kelihatan indah dilihat dari atas membuatkan diriku kagum dengan keindahan alam ciptaan Allah yang Maha Besar .


  Destinasinya adalah Jakarta dan Bandung . Selain terkenal dengan pusat membeli belah , Jakarta juga terkenal dengan Ancol Themepark and Waterpark . Setaraf dengan Universal Studio dan Legoland Malaysia , sudah pasti menarik ramai pelancong untuk menuju kesana . Pasti merasa tidak puas untuk bermain seharian . Tambahan dengan keindahan pantai , melihat matahari terbenam cukup membuat diri merasa teruja .
           
      
    Seterusnya , Bandung juga terkenal dengan gunung Tangkuban Parahu , berada di lingkaran aktif , terkadang ia akan mengeluarkan lava dari lohong , jelas sekali pengunjung akan merasa kagum , berada di ketinggian gunung , melihat suasana dari tempat tinggi dengan suhu yang rendah .

Sekian Sahaja ,




0 comments:

Anugerah Bolasepak Kebangsaan

0
21:37
30 november 2013 .

Anugerah bolasepak kebangsaan telahpun berlangsung dan nampaknya harimau selatan tiada dalam senarai pemenang walaupun satu . suara kami yang kuat dalam mengkritik badan bolasepak negara mungkin menjadi faktor utama mengapa kami tiada dalam senarai . jelas sekali kami tidak terasa hati mahupun kecewa bahkan menjadikan kami lebih kuat dan bersemangat untuk merealisasikan cita2 menjadi pasukan bolasepak yang hebat . kami tak perlukan anugerah untuk membuktikan kami hebat , kerana satu malaysia tahu siapa kami . biarpun ramai yang membenci , kami tak kesah . perubahan yang kami buat secara tidak langsung memberikan impak kepada seluruh malaysia untuk sama2 berbelanja besar . berikanlah sebab yang munasabah mengapa anda membenci kami . berfikirlah dengan rasional . because we are facing against Modern Style Football . Bolasepak bukan sekadar permainan .
:: Hariz S

#LuaskanKuasamuJohor
#HarimauSelatan






0 comments:

Harimau Selatan vs Harimau Muda

0
21:13
29 November 2013 .

Football Overload . Itulah gambaran suasana yang berlaku di Stadium Pasir Gudang . Ternyata perubahan yang telah dilakukan memberikan impak yang sangat besar kepada enviroment kita . Kapasiti stadium juga perlu ditambah kerana lambakan penyokong membanjiri stadium . Para pemain juga perlu membalas kepercayaan penyokong yang tidak henti memberikan sokongan.
Perlawanan persahabatan pada malam ini ternyata berkesudahan seri tanpa jaringan .Harimau muda tampak mengawal permainan dengan menguasai possesion ball . Harimau selatan pula bermain counter attack yang jelas menguji ketangkasan penjaga gol izham tarmizi .

Selamat Maju Jaya Harimau Muda .


#LuaskanKuasamuJohor


0 comments: